Followers

Pengenalan Rixpa


Rimba Extreme Park atau singkatannya RIXPA mula ditubuhkan penghujung tahun 2009 dan pada Oktober 2010 RIXPA sudah bersedia memulakan operasinya sebagai sebuah kem.

Berlatarbelakangkan,keindahan alam semulajadi,RIXPA menjanjikan kepuasan terhadap penghunjungnya.Bagi Pencinta Alam,keindahan panorama yang menghijau diiringi alunan simfoni alam serta udaranya yang segar pasti meninggalkan kesan yang mendalam.

Terletak kira-kira 25KM dari bandar gerik,RIXPA Menjadi lokasi yang mudah dikunjugi kerana kedudukannya yang menghampiri kesemua Lebuhraya utama negara.Ia juga terletak bersempadan dengan negara Thailand yang mana jarak perjalannnya hanyalah 20KM dan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke Kompleks Imigresen Bukit Berapit,Pengkalan Hulu.

Pengunjung yang datang dari arah utara (Kedah,Penang,Perlis) hanya perlu melalui Bandar Baling seterusnya Pengkalan Hulu untuk tiba di RIXPA.Bagi yang datang dari Kelantan dan Terenggani pula,tentunya perlu melalui Tasik Pulau Banding untuk memasuki Lebuhraya Timur-Barat dan menghala ke Utara untuk sampai disini.Manakala bagi yang datang dari arah Selatan(samada KL,Melaka,Negeri Sembilan,Pahang,Johor) Hanya perlu menggunakan lalauan Lebuhraya Utara-Selatan Dan keluar menyusuri Kuala Kangsar yang mana ianya berhubung terus dengan bandar Gerik.

Anda pasti dapat menikmati percutian dan perkhemahan yang menyeronokkan kerana terdapatnya pakej-pakej serta aktiviti yang menarik disediakan disini.Oleh itu,untuk menambahkan pengalaman dan meningkatkan jatidiri Anda,jangan lupa untuk kembara ke RIMBA EXTREME PARK kerana segalanya ada di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...